Abu Talib bin Abdul Muttalib

Abu Talib bin Abdul Muttalib adalah ketua puak Bani Hasyim. Dia telah berkahwin dengan Fatimah binti Asad dan merupakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya adalah Imran (عمران) tetapi lebih dikenali sebagai Abu Talib kerana anak lelaki sulungnya bernama Talib.
Abu Talib membesarkan dan menyokong Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda masih muda remaja, selepas kematian datuknya Abdul Muttalib.