Aminah berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Muthalib. Hasil perkongsian hidup tersebut, lahirlah Rasulullah S.A.W. Abdullah meninggal dunia ketika kandungan Aminah berusia dua bulan. Pada pagi hari Isnin, 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah, Aminah telah selamat melahirkan Nabi Muhammad SAW di rumah Abu Talib yang terletak di perkampungan bani Hasyim. Bidannya ialah al-Syifa'.
Aminah meninggal dunia di al-Abwa' ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi saudara mara suaminya.
Bapa Abdullah iaitu Abdul Muttalib yang juga penjaga Kaabah di Makkah, telah meminta Abdullah sebaik sahaja selepas berkahwin untuk mengikut kabilah Arab untuk berdagang di as-Sham (kini Syria). Walaubagaimanapun, Abdullah telah disahkan jatuh sakit apabila dalam perjalanan pulang kembali ke Makkah, dan pada ketika itu jugalah isterinya Aminah sedang sarat mengandungkan seorang bayi yang kelak menjadi seorang Nabi dan Rasul yang agung
Kelahiran Nabi Muhammad
Diriwayatkan dua bulan selepas kematian Abdullah pada 12 Rabiul Awal 570 AD (Tahun Gajah), Nabi Muhammad telah dilahirkan dengan selamat. Telah menjadi suatu kebiasaan untuk bangsawan-bangsawan Arab ketika itu di Makkah. Pada hari ke-8 kelahiran anak, bayi akan diserahkan ke Padang Pasir yakni perkampungan Arab Badwi yang panas terik, ini dipercayai bagi membina suatu sahsiah peribadi pada bayi itu apabila besar kelak menjadi orang yang berdisiplin, berfikiran cerdik dan bebas. Maka ia juga bagi membolehkan Nabi Muhammad belajar bertutur akan bahasa Arab dengan sempurna dan mengenali budaya Arab dengan baik.Menjadi suatu pilihan kepada Aminah untuk memilih wanita Bani Saad bagi menyusukan bayinya, kerana wanita Bani Saad dilihat sangat arif akan hal sebegini. Dalam masa-masa menunggu giliran penyusuan dari wanita Bani Saad, Aminah telah meminta Thuwaibah hamba perempuan pakciknya Abu Lahab untuk menyusukan Nabi Muhammad , dalam masa yang sama, Thuwaibah turut menyusukan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, kerana itu Saidina Hamzah merupakan saudara susuan Nabi. Thuwaibah hanya menyusukan Nabi Muhammad beberapa hari, namun hubungannya bersama Nabi Muhammad sebagai ibu susu amatlah baik.