Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
Sejarah
Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.
Penghijrahan dari Makkah ke Madinah
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.Perang Makkah-Madinah
Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.
Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.